Pages

Sunday, November 07, 2010

Kamu orang-orang pelik, tidak akan pernah tahu betapa sepi tinggal di sini. Betapa cengengnya kami setiap kali kamu mengambil kesempatan atas kelemahan kami.

Kamu datang dengan senyuman, memang sukar untuk diramal. Selalunya kami menerima sebagai harapan dan memberi hati sebagai ganti. Mungkin itu tidak bermakna, tapi hanya itu yang kami ada.

Bila sudah jauh, kami masih beringat-ingat. Kamu yang kaya raya punya masalah berbeza dengan kami yang sederhana. Kami membina hidup dengan bait realiti, walhal kamu masih mahu terus bermimpi.

0 tona (s):

Tonasi previous: